suria

Peluncur Air Hilang Kaki Diserang Jerung

SAINT-DENIS DE LA REUNION (Perancis): Seorang peluncur air berusia 24 tahun berjuang untuk hidup di hospital selepas kakinya digigit jerung di pulau di sini, menurut pihak berkuasa.

"Kaki kanannya telah putus hingga ke paras paha," pentadbiran tempatan wilayah itu berkata dalam satu kenyataan.

Kejadian itu berlaku pada jarak kira-kira 20 meter dari pantai.

Dua serangan jerung lain yang dilaporkan di perairan pulau itu pada tahun ini berakhir dengan kematian.

Pihak berkuasa berkata mangsa terbaharu, seorang lelaki tempatan, berada di luar perimeter yang dilindungi.

Mereka menggesa semua pengunjung panta sepenuhnya berhati-hati.

Beberapa berpendapat bahawa jumlah yang semakin meningkat sisa dicurahkan ke dalam laut menarik jerung manakala yang lain menyalahkan rizab laut di mana memancing diharamkan untuk kenaikan dalam serangan pada tahun-tahun kebelakangan ini. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain