Pihak Berkuasa Singapura Gagal Cubaan Seludup 7.1kg Ice Bernilai $1.4 Juta - Dunia | mStar

Pihak Berkuasa Singapura Gagal Cubaan Seludup 7.1kg Ice Bernilai $1.4 Juta

SINGAPURA: Dalam operasi bersama pada Jumaat, Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Pintu Masuk (ICA) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 7.1kg dadah 'Ice' di Lapangan Terbang Changi.

Ini merupakan rampasan terbesar 'Ice' bagi 2013.

Nilai pasaran dadah itu dianggarkan S$1.4 juta.

Pada kira-kira 8.30 malam Jumaat, pegawai CNB memeriksa seorang wanita dari Afrika Selatan di balai ketibaan di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi.

Dengan bantuan pegawai ICA, bagasi wanita itu diperiksa menerusi sinaran X dan menemui dua bungkusan di dalam sebuah beg kecil dalam bagasi wanita itu dipercayai 'Ice', menurut pihak berkuasa berkenaan dalam kenyataan pada Sabtu.

Wanita berumur 43 tahun itu telah ditahan.

Siasatan sedang dijalankan dan jika disabit kesalahan, wanita itu berdepan hukuman mati.

"Kami memberi amaran kepada sindiket bahawa Singapura tidak akan bertolak ansur dengan aktiviti dadah dan tidak akan membenarkan mana-mana individu atau sindiket menjadikan Singapura sebagai hab transit bagi kegiatan penyeludupan dadah," menurut kenyataan itu.

Artikel Sebelum

Peluncur Air Hilang Kaki Diserang Jerung

Artikel Berikut

PM Tunisia Letak Jawatan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain