Pelajar Malaysia Meninggal Dunia Di Mangalore - Dunia | mStar

Pelajar Malaysia Meninggal Dunia Di Mangalore

NEW DELHI: Pelajar perubatan tahun pertama dari Sabah, Arnaz V Malitam, 20, meninggal dunia akibat masalah pernafasan atau "cardio respiratory arrest" di Mangalore, Karnataka.

Arnaz, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di KMC Medical College di Mangalore, telah tidak sihat sejak sekian lama dan dimasukkan ke sebuah hospital setempat.

Beliau meninggal dunia pada petang Jumaat.

Ibu bapa pelajar itu sudah berada di Mangalore.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Konsul Jeneral di Chennai membantu mereka dalam urusan untuk membawa pulang jenazah pelajar itu pulang ke Malaysia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Gempa Bumi Bermagnitud 7.3 Gegar Jepun

Artikel Berikut

Peluncur Air Hilang Kaki Diserang Jerung

Artikel Berkaitan