suria

Seorang Lagi Didakwa Tanam Bahan Letupan Di Lapangan Terbang LA

LOS ANGELES: Seorang lagi lelaki pada Isnin, didakwa berkaitan kes bom ais kering yang ditanam di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, kata polis.

Pekerja lapangan terbang, Miguel Angel Iniguez, 41, ditahan pada Jumaat kerana disyaki memiliki alat pemusnah berhampiran pesawat, selepas tiga peranti meletup.

Tiada siapa yang cedera, tetapi kejadian membawa kepada pemindahan dan mengganggu beberapa penerbangan.

Iniguez adalah penyelia kepada Dicarlo Bennett, yang didakwa atas dua tuduhan yang sama minggu lepas.

Iniguez didakwa meletupkan peranti ketiga yang di luar Terminal Tom Bradley.

Bennett dan Iniguez berdepan sehingga enam tahun penjara, walaupun polis berkata Bennett memasang peranti sebagai gurauan tanpa sebarang niat jahat. - AFP

Artikel Lain