suria

Ekonomi China Berkembang 7.8 Peratus

BEIJING: Ekonomi China mencatat pertumbuhan 7.8 peratus pada suku ketiga tahun ini berbanding 7.5 peratus pada suku sebelumnya.

Statistik Biro Perangkaan Negara menunjukkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar China pada tiga suku pertama sebanyak 7.7 peratus, seperti yang diunjurkan.

Ekonomi kedua terbesar dunia itu menyasarkan pertumbuhan tahunan 2013 sebanyak 7.5 peratus pada Mac dan inflasi sebanyak 3.5 peratus tahun ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain