suria

Rakyat Malaysia Antara 49 Dikhuatiri Maut Dalam Nahas Pesawat Terhempas Di Laos

Pesawat Lao Airline ATR-72 500 yang membawa 44 penumpang dan lima anak kapal terhempas di Sungai Mekong lewat malam Rabu.

BANGKOK: Rakyat Malaysia antara 49 mangsa yang terbunuh dalam nahas pesawat Lao Airlines yang terhempas di Sungai Mekong, lewat malam Rabu.

Pasukan penyelamat pada Khamis sedang meneruskan usaha mencari mangsa yang dikhuatiri terselamat dalam nahas itu.

Turut dikhuatiri terbunuh, tujuh warganegara Perancis, enam Australia dan lima warga Thai dalam kejadian itu.

Ketika nahas pesawat jenis turboprop ATR-72 sedang melakukan pendaratan dekat lapangan terbang Pakse di wilayah Champasak dalam penerbangan dari Vientiane, ibu negara Laos pada Rabu.

"Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di Pakse," kata jurucakap Kementerian Luar Thai, Sek Wannamethee.

Pesawat itu dilaporkan terbang dalam laluan sejauh 467 kilometer ketika nahas berlaku.

Pesawat itu membawa 44 penumpang dan lima anak kapal.

Sek Wannamethee, berkata Kedutaan Thai di Vientiane sudah dimaklumkan mengenai nahas pesawat berkenaan di lokasi antara 7 hingga 8 kilometer dari lapangan terbang Pakse.

Artikel Lain