suria

Obama Lulus Rang Undang-Undang Tangani Had Hutang, Penutupan Operasi Kerajaan Berakhir

WASHINGTON: Presiden Barack Obama meluluskan rang undang-undang menaikkan had siling hutang pada awal pagi Khamis sekaligus menamatkan penutupan operasi kerajaan sejak dua minggu lalu.

Pengumuman White House itu merupakan langkah terakhir untuk menangani krisis hutang yang melanda negara berkenaan.

Dalam reaksinya, Obama berikrar bahawa kerajaan pimpiannya akan bertindak segera untuk menandatangani undang-undang yang diluluskan itu.

“Saya akan tandatanganinya segera. Kita akan membuka semula operasi kerajaan dengan segera dan kita akan memulakan semula (operasi) selepas dibayangi tempoh yang tidak menentu dalam perniagaan dan urusan kerajaan membabitkan rakyat Amerika," katanya.

Pengarah Pejabat Pengurusan dan Bajet, Sylvia Mathews Burwell berkata kakitangan kerajaan akan kembali bekerja pada Khamis.

Artikel Lain