suria

India Lantik Tirumurti Sebagai Pesuruhjaya Tinggi Ke Malaysia

NEW DELHI: India telah melantik T. S Tirumurti sebagai Pesuruhjaya Tinggi ke Malaysia yang baharu.

Menurut kenyataan Kementerian Luar India, Tirumurti merupakan Setiausaha Bersama di kementerian itu.

Beliau dijangka menjalankan tugas baharunya itu dalam masa terdekat, kata kenyataan berkenaan. - BERNAMA

Artikel Lain