suria

Seorang Maut Akibat Insiden Tembakan Meriam Di Damsyik

DAMSYIK: Insiden tembakan meriam di tengah Abu Rummaneh di ibu negara Syria, Damsyik pada Sabtu telah mengorbankan seorang kanak kanak-kanak dan mencederakan 11 yang lain, kata agensi berita SANA.

"Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun terbunuh dan 11 lagi yang lain cedera, termasuk seorang wanita, selepas sebuah meriam melepaskan tembakan oleh pihak pengganas yang berada berhampiran dengan sekolah Dar al-Salaam," kata agensi berita itu.

Kemudiannya, sebuah merian yang lain melepaskan tempakan ke arah bumbung di sebuah bangunan dekat Dataran Nehme.

Media negara itu menggunakan terma "pengganas" bagi merujuk pejuang pembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan di bawah kepimpinan Presiden Bashar al-Assad.

Pemberontakan semakin menjadi-jadi dengan menyasarkan kawasan kejiranan di tengah Damsyik dengan tembakan meriam.

Rabu lalu, dua meriam melepaskan tempakan ke arah bank pusat Syria di Dataran Sabaa Bahrat di Damsyik.

Seminggu sebelum itu pula satu meriam melepaskan tembakan ke bangunan konsulat Iraq sehingga mengorbankan seorang wanita. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain