suria

Pertumbuhan Ekonomi China 2013 Lepasi 7.5 Peratus

BEIJING: Pertumbuhan ekonomi China dijangka mencecah 7.5 peratus tahun ini, kata Timbalan Gabenor Bank of China, Yi Gang.

"Saya rasa tahun ini kita boleh mencapai kadar pertumbuhan melepasi 7.5 peratus, mungkin 7.6 peratus," agensi akhbar Xinhua menyebut pegawai kanan bank pusat China itu sebagai berkata.

Yi berkata ekonomi China telah memasuki fasa pertumbuhan kadar pertengahan-ke-tinggi walaupun ia lebih perlahan berbanding pertumbuhan dua digit dicatatkan dalam dekad lepas.

Bagaimanapun, ia mungkin berada di sekitar tujuh peratus di masa hadapan masih tinggi berdasarkan kepada standard global.

Pertumbuhan ekonomi China perlahan kepada 7.5 peratus, tahun-atas-tahun, dalam suku kedua, merosot daripada 7.7 peratus dicatatkan dalam suku pertama.

Kerajaan China telah menetapkan sasaran pertumbuhan rasmi untuk 2013 pada 7.5 peratus pada Mac bagi memberi ruang kepada penstrukturan semula ekonomi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain