Tiga Pelaut Hilang Kapal Bertembung Bot Penunda di Belanda - Dunia | mStar

Tiga Pelaut Hilang Kapal Bertembung Bot Penunda di Belanda

THE HAGUE: Tiga pelaut dilaporkan hilang selepas kapal mereka karam akibat berlanggar dengan bot penunda nelayan di Laut Utara berdekatan pantai Belanda awal pagi Isnin, kata jurucakap pantai negara berkenaan.

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 1.30 pagi waktu tempatan apabila kapal Maria setinggi 32 meter itu ditugaskan mengawal kerja menggali pelantar minyak kira-kira 40 kilometeter barat daya pelabuhan Den Heder bertembung dengan bot penunda nelayan, Texel 68.

"Kami menghantar dua kapal penyelamat dan bot lain serta dua helikopter," kata jurucakap pantai, Peter Westenberg.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wartawan Hong Kong Dilarang Buat Liputan APEC

Artikel Berkaitan

Artikel Lain