Banjir Besar Thailand Ragut 34 Nyawa - Dunia | mStar

Banjir Besar Thailand Ragut 34 Nyawa

BANGKOK: Angka kematian akibat banjir besar yang melanda Thailand mencecah 34 orang dan bilangan mangsa yang terjejas ialah 3.09 juta daripada 932,342 keluarga.

Menurut Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi, 38 daripada 77 wilayah di negara itu terjejas akibat banjir yang turut merosakkan tanaman di kawasan pertanian seluas 504,320 hektar.

Jabatan itu menyatakan sebanyak 225 sekolah, 399 kuil dan 57 pejabat kerajaan turut terjejas.

Sementara itu, cuaca seolah-olah menunjukkan lebih banyak kawasan akan dilanda banjir selepas Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan hujan lebat di beberapa wilayah.

Jabatan itu turut memberi amaran berkaitan tekanan rendah yang aktif di bahagian atas Teluk Siam berhampiran Prachuap Kiri Khan.

Angin monsun barat daya yang bertiup kencang di Laut Andaman dan Teluk Siam dijangka membawa hujan lebat mulai 6 hingga 8 Oktober serta menjejaskan sembilan wilayah iaitu Rayong, Chanthaburi, Trat (bahagian timur), Phetchaburi, Prachuap Khiri Khan (selatan atas), Chumphon, Ranong, Phangnga dan Phuket (selatan). -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain