suria

Lelaki Tertinggi Myanmar Selamat Jalani Pembedahan

YANGON: Lelaki tertinggi di Myanmar 'Big Zaw' berlepas pulang ke Yangon dari Singapura selepas selamat menjalani pembedahan selama lapan jam untuk mengeluarkan ketumbuhan di kepalanya yang menghasilkan hormon pembesaran berlebihan.

Win Zaw Oo yang berketinggian 233 meter tiba di Yangon pada Khamis.

Beliau mendapat liputan meluas media sehingga ada pihak sanggup membiayai kos pembedahan berjumlah $55,000.

"Segalanya dalam keadaan baik buat masa ini. Namun ada sedikit masalah dengan salah satu mata saya. Penglihatan agak kabur sedikit," kata Zaw Oo.

Lelaki berusia 36 tahun itu yang memakai kemeja T dan berseluar panjang memberitahu media bahawa dia akan kembali ke kampungnya di wilayah Magway.

"Saya amat merindui ibu saya," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain