suria

Presiden Kenya Umum Serangan Militan Di Pusat Beli-Belah Berakhir

NAIROBI: Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta pada Selasa (waktu Kenya) mengumumkan bahawa serbuan oleh kumpulan militan al-shabaab selama empat hari di pusat membeli-belah di Nairobi sudah berakhir, dengan jumlah kehilangan yang besar melibatkan 61 orang awam dan enam anggota pasukan keselamatan.

“Kita telah menundukkan dan mengalahkan kumpulan penyerang terbabit, di mana tugas kita sudah selesai, kata Kenyatta dengan sebak apabila beliau sendiri kehilangan ahli keluarga dalam serangan, kata beliau dalam satu siaran stesen televisyen.

Presiden itu berkata “tiga aras pusat membeli-belah itu telah runtuh, menyebabkan beberapa mayat terperangkap di antaranya termasuk anggota pengganas.”

Polis berkata, jumlah kematian pada masa ini belum dikemaskinikan lagi, manakala Palang Merah Kenya berkata, seramai 63 orang disenaraikan sebagai hilang.

“Kehilangan kita begitu banyak,” kata presiden, yang mengumumkan perkabungan di negara itu selama tiga hari berikutan tragedi yang berlaku.

“Kita disakiti dengan begitu perit, tetapi kita tampil berani, bersatu dan kuat. Kenya mahu menumpaskan kejahatan dan bangkit menang. Kita telah mengalahkan musuh-musuh kita dan menunjukkan kepada dunia bahawa kita mahu melaksanakannya,” katanya.

Seramai lima penyerang terbunuh dan 11 suspek ditahan.

Menjadi salah satu serangan terburuk dalam sejarah Kenya, sekumpulan militan al-shabaab menyerang pusat membeli-belah Westgate Mall pada tengah hari Sabtu, menyebabkan ramai menjadi tebusan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain