suria

Gempa Bumi Kuat Gegarkan Peru

LIMA: Gempa kuat berukuran magnitud 7.0 menggegarkan selatan Peru, Khamis, mencetuskan keadaan panik di beberapa bandar berhampiran.

Gempa ini merupakan yang paling kuat direkodkan di Peru tahun ini dan turut dirasai gegarannya di lapan negeri di sebelah selatan dan barat tengah negara itu.

Gegaran pada jam 11.42 pagi waktu tempatan itu berpusat di 46 kilometer, selatan Bandar Acari di pesisir Lautan Pasifik di kedalaman 46 kilometer, lapor Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Pegawai Institut Pertahanan Awam Peru, Alberto Bisbal memberitahu stesen Eadio RPP, gempa berkenaan bagaimanapun tidak membawa kepada ancaman tsunami.

Sejurus kejadian, beberapa kawasan berdekatan Gunung Berapi Nevado Chachani berdekatan Bandar Arequipa berlaku tanah runtuh yang memutuskan hubungan jalan raya. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain