Indonesia Kurangkan Bilangan Pekerja Ekspatriat - Dunia | mStar

Indonesia Kurangkan Bilangan Pekerja Ekspatriat

JAKARTA: Indonesia mengurangkan pengambilan pekerja ekspatriat sejak tahun lepas dalam usaha menawarkan lebih banyak peluang untuk membangunkan modal insan tempatan.

Kerajaan Indonesia juga merancang memperkenal lebih banyak sekatan tahun depan menerusi peraturan baharu bagi melindungi pekerja tempatan, menjelang pewujudkan Komuniti Ekonomi Asean (AEC) pada 2015.

Menerusi rangka kerja AEC itu, negara anggota Asean — Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam — dijangka menghapuskan halangan, secara berperingkat-peringkat, ke atas pergerakan pekerja di rantau itu.

Data Kementerian Tenaga dan Transmigrasi Indonesia menunjukkan sejak kerajaan menutup 19 jenis pekerjaan kepada ekspatriat tahun lepas, angkanya menurun enam peratus atau 4,880 kepada 72,427 berbanding 2011.

"Kami mengetatkan permit (ekspatriat) kerana kami merasakan rakyat Indonesia juga berkelayakan untuk jawatan itu," kata Ketua Pengarah Penempatan Pekerja Indonesia Reyna Usman yang dipetik oleh harian berbahasa Inggeris, The Jakarta Post, pada Isnin.

Beliau berkata, sekatan itu bagaimanapun tidak menjejaskan operasi syarikat asing di Indonesia memandangkan mereka sudah bersetuju untuk mematuhi permintaan daripada pihak berkuasa untuk mengambil pekerja tempatan.

Antara Januari hingga Ogos tahun ini, kementerian itu hanya meluluskan 48,000 permit untuk pekerja asing dan Reyna mengunjurkan angka itu semakin kecil tahun ini.

Pekerja asing yang memperoleh permit kebanyakannya terdiri daripada warga China, sebanyak 10,291 atau 21.4 peratus berikutan kebanyakan barangan modal yang diimport seperti mesin dan peralatan, dibawa masuk dari China.

Warga Jepun menyumbang jumlah kedua terbesar, seramai 9,788, diikuti Korea Selatan seramai 6,013.

Sektor industri mengambil ekspatriat paling ramai, diikuti sektor perdagangan, pembinaan, perlombongan serta minyak dan gas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain