suria

Pakistan Setuju Bebas Pemimpin Nombor Dua Taliban

ISLAMABAD: Kerajaan Pakistan semalam bersetuju untuk membebaskan bekas pemimpin nombor dua Taliban Afghanistan, Mullah Abdul Ghani Barada sebagai usaha memperbaiki hubungan dengan negara jiran tersebut.

Kerajaan Kabul sebelum ini menuntut agar Islamabad membebaskan Mullah yang ditahan pada Januari 2010 selepas dituduh melakukan sabotaj terhadap usaha memulihkan keamanan di Afghanistan.

Mullah dijangka dibebaskan pada bulan ini dan merupakan anggota pemberontak Taliban yang ke-34 dibebaskan oleh pihak keselamatan Pakistan sejak tahun lalu.

Artikel Lain