suria

Rusia Pindahkan Lagi 36,000 Orang Ekoran Banjir Bertambah Buruk

MOSCOW: Pihak berkuasa Rusia pada Selasa berkata, seramai 36,000 orang lagi perlu dipindahkan di Timur Jauh kerana paras air banjir naik mendadak kepada lebih lapan meter di beberapa kawasan di bandar-bandar besar.

Sejak beberapa minggu lalu, rakyat Rusia berhadapan dengan bencana banjir selepas cuaca hujan lebat di kawasan di sempadan dengan China, di kawasan perkampungan dan bandar-bandar besar.

Duta Timur Jauh Kremlin, Yury Trutnev berkata, pihak berkuasa tempatan merancang untuk memindahkan kira-kira 36,000 orang lagi di kawasan Khabarovsk ekoran paras air meningkat.

Kira-kira 15,000 telah dipindahkan dengan selamat, kata Trutnev kepada Perdana Menteri, Dmtiry Medvedev.

Paras air di sungai Amur yang merupakan sempadan dengan China meningkat kepada 805 sentimeter di sekitar Khabarovsk, bandar yang mempunyai sejumlah 600,000 penduduk.

Situasi bertambah buruk di Komsomolsk-on-Amur, bandar dengan 260,000 penduduk, di mana paras air meningkat kepada 820 sentimeter, kata beliau.

"Banjir kali ini memeca rekod sebelum ini," kata Varakin kepada AFP.

Beliau berkata, paras air terus meningkat dan dijangka mencecah pada 820-830 sentimetres di Khabarovsk pada hujung minggu ini dan 930-980 sentimetres di Komsomolsk-on-Amur pada minggu depan. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain