suria

iPhone Dijangka Lancar Model Terbaru 10 September Ini

SAN FRANCISCO: Apple pada RAbu menghantar undangan bagi menghadiri majlis pelancaran model terbaru iPhone dan memperkenalkan versi harga rendah pada 10 September ini.

Kad jemputan dengan gaya Apple hanya memberikan sedikit maklumat.

Maklumat tertera "Ini akan menceriakan hari setiap orang" terletak di bawah logo syarikat itu di muka surat dengan bintik bulatan warna warni cerah.

Rekaan itu mungkin membuktikan laporan bahawa Apple merancang untuk memperkenalkan iPhone dalam warna pelangi termasuk emas.

Acara istimewa berkenaan akan berlangsung di ibu pejabat Apple, Cupertino, Lembah Silikon.

Artikel Berikut

Artikel Lain