suria

Rusia Tidak Percaya Bukti Syria Lakukan Serangan Kimia

MOSCOW: Rusia sama sekali tidak mempercayai bukti dikemukakan oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya berhubung serangan kimia di luar Damsyik yang didakwa dilakukan kerajaan Syria, kata Menteri Luarnya, Sergei Lavrov.

"Apa yang ditunjukkan sebelum dan yang terbaru oleh AS dan sekutu mereka dari Britain dan Perancis adalah tidak sama sekali meyakinkan kami," katanya.

Lavrov berkata, terdapat 'pelbagai keraguan' mengenai imej serangan yang disiarkan di Internet.

Presiden Vladimir Putin berkata adalah tidak masuk akal bagi rejim itu melancarkan serangan apabila ia mempunyai kekuasaan tentera.

Lavrov berkata Rusia telah ditunjukkan beberapa bukti oleh Barat tetapi menyatakan keraguan mengenai kesahihannya.

"Tiada apa-apa yang konkrit, tanpa nama atau koordinat geografi," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain