AHMEDABAD: Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan beberapa yang lain terperangkap apabila pangsapuri empat tingkat runtuh di Vadodara, pada Rabu.Sehingga jam 6.30 petang waktu tempatan, anggota penyelamat di Vadodara kira-kira 110 kilometer dari sini sudah menemui 11 mayat daripada sisa runtuhan pangsapuri terbabit yang mempunyai 14 unit kesemuanya. Bangunan itu dilaporkan runtuh pada kira-kira jam 4 pagi waktu tempatan."Terdapat antara 15 dan 20 orang ketika kejadian," kata seorang jurucakap pegawai kerajaan tempatan, Nivod Rao ketika dihubungi agensi berita AFP.