suria

49 Terbunuh Dalam Siri Letupan Bom Di Sekitar Baghdad

BAGHDAD: Beberapa letupan yang berlaku di sekitar ibu negara Iraq ini khususnya di kawasan petempatan Syiah sepanjang tempoh 24 jam telah dilaporkan mengorbankan sekurang-kurangnya 49 orang.

Letupan-letupan tersebut kebanyakkan menggunakan kereta atau kenderaan yang sarat dengan bom atau rempuhan maut.

Adalah dianggarkan sekitar 150 orang lagi tercedera.

Sepanjang lapan bulan tahun ini sahaja sejumlah 3,700 orang maut akibat keganasan etnik dan juga perbezaan fahaman agama.

Seorang remaja bernama Marwa, 18, dipetik oleh agensi berita AFP sebagai berkata; "Sudahlah kami hidup miskin, semua harta benda kami terbakar atau musnah dalam peperangan yang tidak kesudahan ini, ahli-ahli politik berperang untuk merebut kuasa dan kawasan dan bukannya melindungi rakyat biasa seperti kami."

Artikel Lain