Sonia Gandhi.NEW DELHI: Presiden Parti Kongres India, Sonia Gandhi dibenarkan keluar dari hospital awal pagi Selasa, beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital, kata seorang doktor."Dia mengadu sakit kepala dan mengalami batuk. Kami akan memeriksa keadaannya. "Sebaik saja pasukan perubatan yakin dia sihat sepenuhnya, dia akan dibenarkan keluar dari hospital," kata doktor tersebut yang enggan namanya didedahkan.Sonia dibenarkan keluar hospital kira-kira pukul 3 pagi Selasa. - AFP