suria

Mayat Lelaki Dibaham Buaya Ditemui

SYDNEY: Polis pada Isnin menjumpai mayat seorang lelaki yang dipercayai dibaham buaya di utara Australia.

Sean Cole, 26, disambar buaya ketika cuba menyeberangi sungai yang berlumpur bersama seorang rakannya pada Sabtu.

Konstabel polis wilayah tersebut, Wade Rodgers berkata mayat tersebut dijumpai awal pagi Isnin di kawasan terakhir mangsa dilihat.

Saksi yang melihat kejadian itu berkata, buaya sepanjang lima meter itu membawa mayat mangsa ke hulu sungai.

Cole dikatakan meraikan sambutan ulang tahun kelahiran seorang rakannya dalam satu majlis dekat Mary River Wilderness Retreat yang terletak kira-kira 110km dari bandar Darwin.

Artikel Lain