suria

PBB Minta Kebenaran Syria Siasat Penggunaan Senjata Kimia

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akhirnya meminta kerajaan Syria memberi kebenaran kepada pekar PBB untuk menyiasat laporan mengenai serangan senjata kimia yang mengorbankan banyak nyawa di Damsyik.

Jurucakap PBB, Eduardo del Buey berkata Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon sudah memutuskan untuk menghantar Angela Kane, sebagai wakil PBB ke Damsyik untuk tujuan itu.

Hujung Julai lalu, Damsyik setuju untuk membenarkan pakar PBB untuk melawat tiga lokasi berhubung penggunaan senjata kimia dalam serangan di kawasan terbabit.

“Setiausaha Agung percara, kejadian yang dilaporkan berlaku di Damsyik pada pagi kelmarin (Rabu) perlu disiasat tanpa berlengah lagi," kata Buey dalam satu kenyataan.

Artikel Lain