suria

Sejuta Pelarian Kanak-Kanak Keluar Dari Syria - PBB

GENEVA: Bilangan kanak-kanak yang melarikan diri daripada negara bergolak Syria berjumlah sejuta orang pada Jumaat, manakala dua juta kanak-kanak ditempat antara sempadan negara mereka berikutan konflik yang berlaku, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Sejuta pelarian kanak-kanak ini bukan sekadar satu lagi jumlah. Ini adalah kanak-kanak yang sebenar terpisah dari rumah, mungkin dari sebuah keluarga, berhadapan dengan ketakutan yang kita hanya mula untuk memahaminya," kata Ketua n Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF), Anthony Lake, dalam satu kenyataan.

Kanak-kanak merupakan separuh daripada kesemua pelarian sejak lebih dua tahun konflik yang berlaku di Syria, menurut perangkaan PBB.

Kebanyakan pelarian Syria ditemui berlindung di Lebanon, Jordan, Turki, Iraq dan Mesir, tetapi jumlah mereka menyelamat diri ke Eropah dan Afrika Utara semakin meningkat.

Perangkaan terbaru PBB menunjukkan kira-kira 740,000 pelarian Syria di bawah umur 11 tahun. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain