suria

Penjual Minyak Wangi 'Morsi' Ditahan di Tebing Barat

TULKAREM: Pihak berkuasa Palestin menahan seorang rakyatnya kerana menjual minyak wangi menggunakan jenama Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi di Tebing Barat, Khamis.

Islambuli Badir, 36, anggota pergerakan Islam Hamas, ditahan dalam satu sebuah di kedai minyak wanginnya di Bandar Tulkarem, kata abangnya, Abdel Fattah Badir.

“Seorang lelaki dari perkhidmatan keselamatan menyerbu kedai abang saya dan merampas semua botol minyak wangi yang menggunaka label 'Morsi'.

"Abang saya kemudian ditahan dan komputer bimbitnya juga dirampas," kata Abdel Fattah.

"Sehari selepas abang ditahan, adik bongsu kami, Qassam, 24, meletakkan papan tanda di kedai menyatakan maaf kepada pelanggan kerana minyak wangi 'Morsi' sudah habis dirampas pihak berkuasa," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain