suria

Musharraf Didakwa Bunuh Benazir Bhutto

RAWALPINDI, Pakistan: Sebuah mahkamah di Pakistan pada Selasa mendakwa bekas Jeneral Pervez Musharraf atas pertuduhan membunuh bekas Perdana Menteri Benazir Bhutto pada 2007.

Ia merupakan kali pertama bekas jeneral terkemuka negara itu didakwa melakukan jenayah.

Musharraf yang melakukan rampasan kuasa pada 1999 dan memerintah sehingga Parti Rakyat Pakistan (PPP) pimpinan Bhutto memenangi pilihan raya pada 2008, didakwa atas tiga pertuduhan.

"Dia didakwa membunuh, terlibat dalam konspirasi jenayah untuk membunuh dan memudahkan proses pembunuhan dilakukan," kata pendakwa raya Chaudhry Azhar .

Musharraf yang meraikan sambutan ulang tahun kelahiran ke-70 minggu lalu, menafikan pertuduhan itu.

Dia hadir di mahkamah dengan ditemani puluhan pegawai keselamatan.

"Pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di mahkamah. Dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu," kata Azhar.

Kes itu ditangguhkan sehingga 27 Ogos ini.

Pasukan peguam Musharraf turut menolak pertuduhan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain