suria

Mahkamah Perlembagaan Zimbabwe Putuskan P/Raya Presiden Sah & Adil

HARARE: Mahkamah Perlembagaan Zimbabwe pada Selasa memutuskan yang keputusan pilihan raya umum negara itu yang menyaksikan Presiden Robert Mugabe kembali mengekalkan kuasa untuk tempoh lima tahun lagi sebagai adil dan bersih.

Keputusan tersebut sekaligus menepis segala dakwaan yang mengatakan yang pilihan raya berkenaan sebagai kotor dan penuh dengan penipuan.

"Pilihan raya presiden Zimbabwe pada 31 Julai yang lalu telah berjalan menurut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh negara ini. Oleh yang demikian tiada sebab dan alasan untuk mempertikaikannya," kata Ketua Hakim, Godfrey Chidyausiku.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain