suria

Bot Bawa 150 Penumpang Karam Di Lautan Hindi

SYDNEY: Bot yang membawa kira-kira 100 pencari suaka politik karam di Lautan Hindi pada Selasa.

Pihak berkuasa Australia segera melancarkan misi untuk menyelamatkan penumpang di tempat kejadian.

Bot itu dipercayai karam kira-kira 220 kilometer utara Pulau Christmas, tempat kerajaan Austarlia menempatkan pencari suaka politik.

Kira-kira 105 penumpang dilaporkan menaiki bot terbabit.

Agensi Keselamatan Maritim Australia berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pagi Selasa dan Tentera Laut Australia telah dikerahkan ke tempat kejadian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain