suria

36 Banduan Maut Cubaan Bolos Penjara di Mesir

KAHERAH: Tiga puluh enam banduan Islam maut dalam cubaan untuk meloloskan diri dari penjara selepas polis terpksa melepaskan gas pemedih mata, awal pagi Isnin, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri.

“Mereka mati disebabkan keadaan sesak dan terpijak selepas disembur gas pemedih mata untuk menahan mereka daripada melarikan diri," kata kenyataan itu.

Sebelum itu, banduan penjara berkenaan dikatakan menahan seorang pegawai polis dalam usaha mereka untuk melarikan diri.

- AFP

Artikel Lain