suria

Lelaki Tertinggi Myanmar Dapatkan Rawatan Perubatan Luar Negara

YANGON: Dikenali sebagai "Big Zaw" membuat beliau berbeza sejak zaman remaja di perkampungan Myanmar.

Pada ketinggian tujuh kaki dan lapan inci, beliau dipercayai merupakan lelaki tertinggi di Myanmar, dan popularitinya meningkat baru-baru ini apabila beliau pergi mendapatkan rawatan di luar negara kerana keadaan kesihatan ekoran ketinggiannya itu.

"Rakan-rakan saya memanggil saya Big Zaw," kata Win Zaw Oo yang berketinggian 233 sentimeter (sm), 168sm lebih tinggi berbanding purata ketinggian lelaki Myanmar.

"Saya tidak dapat masuk ke dalam kereta yang biasa. Apabila doktor membawa saya ke sini, dia mendapatkan sebuah trak," katanya yang berusia 36 tahun.

Beliau kini menjalani pembedahan di Singapura kerana terdapat tumor pada kalenjarnya yang disebabkan oleh badannya yang menghasilkan hormon pembesaran yang berlebihan.

Win Zaw Oo yang meninggalkan Myanmar pada Khamis berkata, beliau begitu risau mengenai pemergiannya.

"Saya hanya pernah melihat kapal terbang permainan sebelum ini, hadi saya berada sedikit risau untuk terbang. Tetapi jika ia untuk kesihatan saya, saya perlu lakukannya," katanya sambil menambah bahawa beliau khuatir terhadap kos rawatannya. - AFP

Artikel Lain