suria

Pegawai Kastam Vietnam Rampas Enam Tan Tenggiling

HANOI: Sepasukan pegawai Kastam Vietnam pada Rabu menemui lebih enam tan tenggiling iaitu sejenis hidupan liar terlindung di dalam sebuah kontena yang dihantar dari Indonesia.

Haiwan eksotik itu yang amat terkenal dan mendapat permintaan ramai di China dan Vietnam kerana dagingnya, ditemui pada minggu lalu ketika pemeriksaan di pelabuhan utara Hai Phong.

Dokumen bagi kontena tersebut yang akan dihantar ke suatu destinasi terakhir yang tidak didedahkan mendakwa ia mengandungi ikan sejuk beku, sirip dan tulang ikan.

Sejak awal tahun ini, lebih 10 tan tenggiling yang masih hidup atau sudah dibekukan, dirampas dari pelabuhan Hai Phong.

Pihak berkuasa turut merampas 1.2 tan sisik tenggiling yang digunakan dalam perubatan tradisional penduduk di Vietnam dan China sebagai ubat untuk penyakit alahan.

Artikel Lain