Letupan Bom: Tujuh Terbunuh di Karachi - Dunia | mStar

Letupan Bom: Tujuh Terbunuh di Karachi

KARACHI: Tujuh terbunuh manakala 26 yang lain cedera dalam satu kejadian letupan bom di bandar pelabuhan Karachi, Pakistan awal pagi Rabu.

Letupan berlaku di kawasan kejiranan penduduk miskin di bandar berkenaan, Lyari selepas perlawanan bola sepak.

"Bom terbabit dipasang pada sebuah motosikal yang diletakkan di luar stadium. Kejadian mengakibatkan tujuh mangsa terbunuh dan kebanyakan mereka adalah remaja," kata Pegawai Polis Karachi, Tariq Dharejo.

Dharejo berkata, bom berkenaan diletupkan menggunakan alat kawalan jauh.

Sementara itu, Ahli Parlimen tempatan daripada Parti Rakyat Pakistan, Sania Naz turut mengesahkan angka korban akibat letupan itu mencecah kepada 11 nyawa.

Beliau berkata, mangsa yang terbunuh berumur dalam lingkungan enam hingga 15 tahun. - AFP

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain

BN kekalkan kerusi Parlimen Kimanis