suria

Pesawat Kecil Terhempas di Bahamas

MIAMI: Pihak berkuasa berjaya menyelamatkan seorang juruterbang selepas pesawatnya terhempas di Bahamas.

Pengawal pantai Amerika Syarikat dan pegawai Bahamas berkata, pesawat kecil itu terhempas di dalam air ketika dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Exuma.

Terdahulu, pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Fort Lauderdale.

Pengawal pantai menghantar helikopter penyelamat dari pangkalan tentera di Pulau Andros tetapi polis maritim Bahamas lebih awal menemui juruterbang terbabit.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain