Pengikut Tarekat Naqsabandiyah Di Sumatera Barat Sambut Aidilfitri Hari Ini - Dunia | mStar

Pengikut Tarekat Naqsabandiyah Di Sumatera Barat Sambut Aidilfitri Hari Ini

JAKARTA: Meskipun umat Islam di seluruh Indonesia dijangka menyambut Aidilfitri secara serentak pada Khamis ini, namun sekumpulan pengikut tarekat Naqsabandiyah di Padang, Sumatera Barat sudahpun meraikannya pada Selasa, dua hari lebih awal.

Pengikut tarekat itu mula melaungkan takbir raya malam tadi sebagai tanda menyambut 1 Syawal 1434 Hijrah di surau Baitul Makmur, daerah kecil Pauh, Kota Padang.

Pagi tadi para pengikutnya yang dianggar lebih 5,000 orang di sekitar Padang serta Daerah Solok dan Solok Selatan menunaikan Solat sunat Aidilfitri, media tempatan melaporkan hari ini.

Setiausaha surau Baitul Makmur, Edizon berkata kumpulan itu menetapkan Aidilfitri jatuh pada 6 Ogos kerana mereka mula berpuasa sejak 7 Julai.

Mereka menggunakan kaedah perkiraan yang dinamakan hisab munjid, yang dikatakan berasal dari Mekah dan ia dilakukan dengan cara mengira 360 hari dari 1 Ramadan pada tahun lalu dan setiap tahunnya para pengikut tarekat itu selalunya berpuasa 30 hari.

Di Kota Padang, terdapat lebih 70 masjid dan surau tempat ibadat para pengikut tarekat Naqsabandiyah yang meliputi daerah kecil Pauh, Lubuk Kilangan dan Lubuk Begalung.

Pusat aktiviti kumpulan itu ialah di surau Baitul Makmur, di daerah kecil Pauh, Kota Padang. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pesawat Kecil Terhempas di Bahamas

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain