suria

India Lantik Ketua Ekonomi Sebagai Gabenor RBI

NEW DELHI: India telah melantik ketua ekonominya, Dr Raghuram Rajan, sebagai gabenor Reserve Bank of India (RBI).

Satu kenyataan rasmi berkata yang beliau menggantikan D Subbarao, yang bersara pada September.

Pelantikan Rajan selama tiga tahun sebagai gabenor bank pusat seterusnya datang tatkala kebimbangan ekonomi kian memuncak di dalam negara.

Mata wang rupee India merudum ke paras rendah 61.50 berbanding dolar AS hari ini dan negara sedang bergelut dengan kemerosotan pertumbuhan ekonomi.

Keluaran Dalam Negara Kasar India turut mengembang pada lima peratus pada 2012/2013, paras paling rendah dalam sedekad.

Rajan ialah bekas ketua ekonomi Dana Kewangan Antarabangsa. Beliau baru sahaja dilantik sebagai ketua ekonomi India setahun yang lepas dan merupakan gabenor yang ke-23 RBI. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain