suria

Thailand, China Bincang Keperluan Hapuskan Visa Untuk Tingkatkan Pelancongan

BANGKOK: Thailand sedang berusaha menghapuskan keperlluan visa untuk rakyatnya ke China untuk meningkatkan pelancongan, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negara Thailand Surapong Tovijakchaikul, berkata beliau telah membincangkan isu itu dengan rakan sejawatnya di China, Menteri Luar Wang Yi.

"Perjalanan menjadi lebih mudah jika kita menghapuskan keperluan visa untuk kedua-dua negara. Kami (Thailand dan China) juga sebenarnya telah membincangkan perkara itu sebelum ini," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Forum Peringkat Tinggi mengenai Ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik ASEAN-China di sini semalam, beliau berkata China berminat dengan idea itu, tetapi butirannya perlu dibincangkan lagi.

Dalam satu ucapan di forum itu semalam, Wang berkata 7.3 juta pelancong China melawat Asean tahun lepas, menjadikan China sumber kedua terbesar pelancong ke negara-negara Asean. -BERNAMA

Artikel Lain