suria

Seorang Maut, 8 Hilang Bot Terbalik di Vietnam

HANOI: Seorang maut dan lapan yang lain hilang selepas bot yang membawa 30 orang penumpang termasuk dua warga asing itu dilaporkan karam di selatan Vietnam pada Sabtu.

Seorang pegawai penyelamat berkata, kejadian tersebut berlaku pada hari Jumaat kira-kira dua batu nautika dari pesisir pantai selatan Ho Chi Minh.

"Satu mayat telah ditemui, kami sedang giat mencari lapan yang lain tetapi harapan untuk mereka hidup adalah tipis," katanya.

Media melaporkan punca bot tersebut terbalik adalah disebabkan oleh lebihan muatan.

Artikel Lain