suria

PM Australia Dijangka Umum Tarikh Pilihan Raya

SYDNEY: Perdana Menteri Australia Kevin Rudd dijangka menetapkan tarikh untuk pilihan raya akan datang selepas melawat Gabenor Jeneral Quentin Bryce di Canberra, Ahad.

Rudd, yang berada di bawah tekanan untuk mengadakan pilihan raya selepas disingkirkan dari jawatan Perdana Menteri oleh Julia Gillard tiga tahun lepas dan merampasnya kembali pada akhir bulan Jun, hanya akan tiba kediaman Bryce, di Canberra selepas pukul 3 petang (5 petang waktu tempatan).

Secara tradisinya, Perdana Menteri meminta Gabenor Jeneral, wakil Queen Elizabeth British II di Australia, untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya.

Rudd dari parti Buruh memegang kuasa pada tahun 2007 dalam satu kemenangan besar tetapi digulingkan pada pertengahan tahun 2010 oleh partinya sendiri, yang menyaksikan Perdana Menteri wanita pertama di negara itu, Julia Gillard mengambil alih tempat beliau.

Rudd akan menghadapi pemimpin pembangkang konservatif Tony Abbott, bekas menteri di bawah Perdana Menteri John Howard, dalam pilihan raya yang perlu diadakan menjelang akhir November. - AFP

Artikel Lain