suria

Kanak-Kanak Hidap Penyakit Kepala Besar Dibenar Keluar Hospital

NEW DELHI: Seorang kanak-kanak bangsa India berusia setahun dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani tiga pembedahan untuk membetulkan tempurung kepalanya yang membesar hampir dua kali ganda, kata seorang pakar bedah otak.

Roona Begum menjalani beberapa prosedur pembedahan yang menyaksikan beberapa doktor di sebuah hospital dekat New Delhi mengeluarkan cecair dari kepalanya dalam usaha mengecilkan saiz tempurung kepalanya.

"Tahap kesihatan Roona menunjukkan peningkatan ketara...kami membenarkannya keluar awal pagi Jumaat. Dia kini cergas untuk bergerak," kata pakar bedah, Sandeep Vaishya.

Roona menghidap penyakit kepala besar atau hydrocephalus sejak dilahirkan iaitu kandungan air yang banyak pada otak.

Penyakit itu menyebabkan kepala Roona membesar 94cm sekaligus memberi tekanan kepada otaknya sehingga menyukarkannya untuk duduk tegak atau merangkak.

Artikel Lain