suria

Ratusan Banduan Melarikan Diri Dalam Serangan Taliban Di Penjara

PESHAWAR (Pakistan): Pemberontak Taliban yang bersenjatakan mortar dan bom melancarkan serangan besar-besaran ke atas penjara di barat laut Pakistan, menyebabkan 230 tahanan melarikan diri termasuk militan tegar selepas bertempur dengan pasukan keselamatan, kata pegawai, Selasa.

Sekurang-kurangnya 12 orang termasuk empat polis terbunuh dan tujuh yang lain cedera dalam serangan lewat Isnin oleh kumpulan militan yang menyamar dalam pakaian seragam polis, kata mereka.

"Sejumlah 243 banduan telah melarikan diri, enam daripada mereka kemudiannya ditahan semula oleh polis," kata pegawai kanan kerajaan rasmi Mushtaq Jadoon kepada saluran TV swasta Ary News, sambil menambah "30 di kalangan banduan melarikan diri adalah militan tegar".

Serangan itu mensasarkan Penjara Pusat di Dera Ismail Khan, sebuah bandar di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, berhampiran kawasan puak tanpa undang-undang yang bersempadan dengan Afghanistan di mana puak yang mempunyai kaitan dengan Taliban dan Al-Qaeda bergiat aktif.

Seorang pegawai keselamatan berkata penjara itu menempatkan sehingga 5,000 banduan termasuk kira-kira 300 militan yang terlibat dalam serangan ke atas pasukan keselamatan.

Jadoon berkata pemberontak telah menanam berpuluh-puluh bahan letupan dalam penjara dan 14 daripadanya setakat ini telah dimatikan.

"Polis dan lain-lain agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang sibuk 'membersihkan' penjara," katanya, sambil menambah pihak berkuasa telah mengenakan perintah berkurung di bandar dan meminta penduduk untuk tinggal di rumah.

"Melalui media, kami merayu kepada orang ramai untuk tinggal di rumah. Ini untuk mengelakkan sebarang kerosakan jika tentera, polis dan tentera mengambil apa-apa tindakan," katanya.

Jadoon berkata sekitar 50 hingga 60 militan berjaya memasuki penjara sementara yang lain menembak roket dari luar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain