Lapan Cedera Loji Gas Meletup Di Florida - Dunia | mStar

Lapan Cedera Loji Gas Meletup Di Florida


Beberapa tong gas berselerak di atas jalan raya di Blue Rhino selepas loji gas di Tavares, Florida meletup.
Beberapa tong gas berselerak di atas jalan raya di Blue Rhino selepas loji gas di Tavares, Florida meletup.

MIAMI: Beberapa siri letupan berlaku di loji gas di tengah Florida pada Selasa menyebabkan lapan cedera dengan tiga daripadanya dilaporkan kritikal.

“Mereka yang cedera adalah pekerja di loji berkenaan," kata jurucakap Pejabat Sheriff Lake County, John Herrell.

Beliau berkata, letupan berlaku pukul 10.30 malam apabila sekumpulan pekerja terdiri antara 24 hingga 26 orang bekerja pada syif malam.

Letupan itu menyebabkan kebakaran besar di loji Blue Rhino dan berjaya dipadamkan awal pagi Rabu.

Terdapat satu kebocoran gas berlaku di sebuah tangki simpanan besar namun ia tidak mendatangkan risiko kepada Bandar Tavares yang berdekatan.

Ketua Jabatan Bomba Tavares, Richard Keith, menolak kemungkinan kejadian itu disebabkan sabotaj.

Namun beliau berkata, insiden itu dipercayai berpunca daripada kerosakan peralatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel