suria

Pemandu Maut, 35 Cedera Kereta Api Bertembung Di Switzerland

Petugas-petugas sedang melakukan kerja-kerja menyelamat di lokasi kemalangan.
Petugas-petugas sedang melakukan kerja-kerja menyelamat di lokasi kemalangan.
Petugas-petugas sedang melakukan kerja-kerja menyelamat di lokasi kemalangan.

SWITZERLAND: Dua kereta api yang bertembung di bahagian kepala pada hari Isnin di barat Switzerland, mencederakan 35 penumpang dan sekurang-kurangnya lima daripada mereka parah, kata polis.

Pemandunya maut.

Kemalangan itu berlaku di Granges-pres-Marnand sejurus sebelum pukul 7 petang waktu tempatan, menurut polis serantau.

Seorang wartawan AFP yang tiba di tempat kejadian menyaksikan rangka kereta api berhampiran stesen kecil di pinggir kampung yang mempunyai kira-kira 1,200 penduduk.

Kesan perlanggaran amat jelas dan dapat dilihat melalui enjin kereta api yang remuk.

Sebuah kereta api menuju ke Lausanne, kira-kira 38 kilometer (24 batu) ke selatan, manakala yang satu lagi sedang dalam perjalanan ke utara dari bandar yang sama, kata pegawai.

Seramai 46 penumpang berada dalam gerabak dan mereka semua adalah rakyat tempatan, kata polis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain