suria

Pemandu Kereta Api Dalam Nahas Di Sepanyol Didakwa

SANTIAGO DE COMPOSTELA, (Sepanyol): Pemandu kereta api yang tergelincir dari ladasan di Sepanyol didakwa pada Ahad kerana kecuaian yang menyebabkan 79 orang terbunuh, dan diikat jamin selepas dibicarakan.

Hakim memerintah pemandu berkenaan untuk melaporkan kepada mahkamah setiap minggu dan melarangnya daripada meninggal Sepanyol selama enam bulan, kata Mahkamah Tinggi Galicia yang mengetuai penyiasatan itu dalam satu kenyataan.

Hakim turut melarang pemandu berkenaan daripada memandu kereta api selama enam bulan.

Media melaporkan bahawa kemungkinan pemandu yang berusia 52 tahun, memandu dalam kelajuan lebih daripada sekali ganda had laju sehingga mengakibatkan tergelincir dari landasan ketika nahas berlaku.

Polis menahan Garzon Amo pada Khamis, sehari selepas nahas kereta api terburuk di Sepanyol berlaku sejak beberapa dekad.

Pemadu terbabit masih berada di hospital menerima rawatan ekoran kecederaan akibat nahas itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain