suria

Barang Kemas Bernilai RM170.34 Juta Dicuri Di Cannes

NICE, Perancis: Seorang lelaki bersenjata merompak di pameran barangan kemas di French Riviera resort di Cannes pada Ahad, melibatkan kecurian bernilai 40 juta euro (RM170.34 juta), menurut sekumpulan penyiasat.

Pihak berkuasa berkata, kejadian berlaku pada waktu siang di Hotel Carton di Cannes, yang terkenal dengan festival filem tahunan yang menarik perhatian pelbagai selebriti.

Lelaki bersenjata itu berjaya mengelakkan diri daripada pihak keselamatan dan melarikan barangan kemas menggunakan beg bimbit. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain