suria

Krisis Mesir: 23 Maut Dalam Serangan Awal Pagi

Salah seorang penyokong Morsi yang cedera menerima rawatan di hospital sementara.
Salah seorang penyokong Morsi yang cedera menerima rawatan di hospital sementara.
Salah seorang penyokong Morsi yang cedera menerima rawatan di hospital sementara.

KAHERAH: Kira-kira 23 penyokong Presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi mati ditembak polis Mesir manakala beratus-ratus lagi cedera dalam insiden yang berlaku awal pagi Sabtu.

Seorang pemimpin Ihwanul Muslimin, Murad Mohammed Ali berkata polis melepaskan tembakan rambang terhadap peserta demonstrasi.

Namun agensi berita MENA melaporkan seorang pegawai polis menafikan penglibatan polis dalam insiden itu.

Mohammed Ali berkata lebih 600 orang cedera parah.

Pertempuran berlaku pada waktu subuh di sebatang jalan menuju ke lapangan terbang di mana polis melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan, lapor agensi berita MENA.

MENA melaporkan beberapa tembakan dilepaskan tetapi tidak memaklumkan siapa yang melakukannya.

"Keputusan dari pendakwa akan diketahui tidak lama lagi dan keadaan ini akan berakhir," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain