suria

Sembilan Hilang Baj Terbalik Di Perairan Singapura

SINGAPURA: Sembilan orang dipercayai hilang selepas sebuah baj karam di perairan Singapura kira-kira tujuh batu nautika di utara rumah api Horsburgh pada Rabu.

Dalam satu kenyataan, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata ia menerima laporan mengenai insiden itu pada 1 tengah hari (waktu Singapura).

Menurut MPA seorang kru diselamatkan Polis Pengawal Pantai (PCG) yang meronda di kawasan itu.

Mangsa itu melaporkan 10 orang lagi hilang.

Tetapi MPA kemudiannya dimaklumkan seorang lagi kru diselamatkan sebuah kapal yang lalu berdekatan tempat itu sebelum MPA menyelaras operasi mencari dan menyelamat di udara dan di laut dengan dibantu penyelam komersil.

MPA juga mengeluarkan siaran pelayaran kepada kapal-kapal supaya tidak mendekati kawasan operasi itu dan melaporkan jika ternampak sebarang pergerakan di kawasan berdekatan kepada pihak berkuasa. - BERNAMA

Artikel Lain