suria

Belgium Terima Raja Baharu

Mathilde (kiri) dan Philippe melambai kepada penonton ketika tiba di acara 'Bal National', konsert sempena Hari Kebangsaan di kejiranan Marolles di Brussels. -foto AFP
Mathilde (kiri) dan Philippe melambai kepada penonton ketika tiba di acara 'Bal National', konsert sempena Hari Kebangsaan di kejiranan Marolles di Brussels. -foto AFP
Mathilde (kiri) dan Philippe melambai kepada penonton ketika tiba di acara 'Bal National', konsert sempena Hari Kebangsaan di kejiranan Marolles di Brussels. -foto AFP

BRUSSELS: Belgium, pada Ahad bertukar halaman sejarah, menyambut ketibaan raja ketujuh, Philippe, pada hari keraian sambil berlatar belakangkan kebimbangan berterusan terhadap masa depan negara.

Philippe, 53, memakai pakaian seragam tentera penuh, akan mengangkat sumpah jawatannya dalam tiga bahasa rasmi negara - Perancis, Flemish dan Jerman sebelum ke Parlimen.

Baginda mengambil alih takhta bapanya Albert II, 79, yang menurunkan takhta secara rasmi pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan, selepas 20 tahun berada di atas takhta itu di istana.

Menduduki takhta sebagai raja dan mempunyai hak kedaulatan tetapi Philippe tidak memakai mahkota atau tongkat kerana ini bukan sebahagian daripada pakaian diraja Belgium.

Dalam baris pertama para tetamu ialah isteri baginda Mathilde dan empat anak mereka, termasuk yang tertua, Elisabeth.

Albert, yang turun takhta kerana faktor usia dan kesihatan, pada asalnya tidak dijangka memegang takhta sebagai raja tetapi terpaksa berbuat demikian pada tahun 1993 berikutan kematian secara tiba-tiba abangnya, Baudouin.

Kebimbangan berterusan apabila putera Philippe yang pemalu dan sering bersikap janggal mungkin kurang kemahiran politik dan tidak mampu untuk mengekalkan perpaduan dalam sebuah negara yang terbahagi kepada beberapa bahagian ini.

Mathilde, yang popular dan berusia 40 tahun akan menjadi ratu Belgium, dilihat sebagai aset terbaik dalam kempen pasangan itu untuk memenangi hati 11.5 juta rakyat.

Dalam ucapan selamat tinggal kepada negara, Sabtu, Albert berkata sebagai raja dan bapa, baginda mempunyai "hasrat" agar rakyat Belgium menawarkan "sokongan" untuk Philippe dan Mathilde.

"Mereka merupakan pasangan yang cemerlang untuk berkhidmat kepada negara kita," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain