suria

65 Terkorban Letupan Bom Di Wilayah Baghdad

BAGHDAD: Letupan bom membunuh 65 orang di wilayah Baghdad pada malam Sabtu, kata pegawai, ketika Iraq berjuang untuk membendung keganasan yang paling teruk sejak 2008, di mana 520 telah terkorban pada bulan ini.

Sebanyak 12 bom kereta dan bom tepi jalan diletupkan di kota Baghdad, manakala satu lagi bom diletupkan di Madain, ke selatan ibu kota, menurut seorang kolonel polis dan pegawai perubatan.

Letupan juga mencederakan 190 orang.

Bom diletupkan ketika penduduk Baghdad keluar membeli-belah dan bersantai di kafe selepas berbuka puasa, dalam bulan suci, Ramadan.

Dalam kejadian dahsyat itu, dua bom kereta membunuh 12 orang di Karrada, manakala dua bom kereta dan bom tepi jalan diletupkan di Zafraniyah yang mana kedua-dua kawasan terletak di tengah-tengah Baghdad.

Keganasan juga melanda utara Iraq.

Sebuah bom tepi jalan membunuh seorang anggota polis dan mencederakan yang lain di bandar Mosul, manakala bom kereta di tenggara bandar ini membunuh seorang wanita dan mencederakan 22 orang, termasuk tujuh polis, dan bom yang diletupkan ke bahagian barat mencederakan tiga orang.

Keganasan pada Sabtu adalah keganasan yang dahsyat di Iraq sejak 10 Jun apabila serangan pada masa itu membunuh 78 orang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain